Lima ditahan kes penyalahgunaan dadah di Padawan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
ANTARA yang ditahan kes penyalahgunaan dadah di Padawan.

PADAWAN: Polis menahan lima lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 39 tahun kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di kawasan Kota Sentosa dan Batu Kawa, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan dalam satu operasi yang dijalankan pada sebelah petang.

ANTARA yang ditahan kes penyalahgunaan dadah di Padawan.

Beliau berkata dua suspek berusia 22 dan 29 tahun ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki ketulan kristal yang dipercayai syabu.

“Dalam masa yang sama, kesemua lima suspek menjalani ujian saringan air kencing dan didapati positif dadah. Kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Lelaki positif dadah ditahan Polis Bau

BAU: Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam operasi Op Tapis.