Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lima ditahan dalam serbuan sabung ayam di Sungai Apong
  • Selatan
  • WILAYAH

Lima ditahan dalam serbuan sabung ayam di Sungai Apong

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANTARA individu yang ditahan dalam serbuan kegiatan sabung ayam di kawasan Sungai Apong, Kuching, petang 15 Februari lalu. Foto PDRM.

KUCHING: Polis menahan lima lelaki tempatan dalam satu serbuan ke atas kegiatan sabung ayam di sebuah tanah lapang di kawasan Sungai Apong, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dibuat sekitar 4.14 petang pada 15 Februari selepas pihaknya menerima maklumat dan menjalankan pemantauan di lokasi berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sekumpulan lelaki tempatan sedang menjalankan aktiviti sabung ayam sebelum bertempiaran melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran sebaik menyedari kehadiran polis.

“Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan lima lelaki tempatan berumur antara 24 hingga 83 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ANTARA barangan dirampas dalam serbuan kegiatan sabung ayam di kawasan Sungai Apong, Kuching, petang 15 Februari lalu. Foto PDRM.

Beliau berkata, dalam operasi tersebut, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.

“Hasil saringan air kencing yang dijalankan ke atas semua suspek didapati negatif,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 kerana menjalankan kegiatan sabung ayam, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah dan menyeru masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tahun Kuda Api menandakan permulaan dan harapan baharu yang berani
Next: Sambutan TMM2026 meriahkan ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.