Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lima cedera, pemandu tersepit kemalangan di Simpang Debak
  • KEMALANGAN

Lima cedera, pemandu tersepit kemalangan di Simpang Debak

Utusan Sarawak 22 hours ago
KEMALANGAN diantara kereta jenis Perodua Bezza dengan lori 10 tayar di Jalan Pan Borneo berhampiran Simpang Debak, hari ini. Foto: PGO Bomba Sarawak

DEBAK: Seorang pemandu kereta jenis Perodua Bezza cedera tersepit selepas kenderaannya bertembung dengan lori 10 tayar di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Simpang Debak, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 2.55 petang, sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi mendapati sebuah kereta Perodua Bezza dengan enam penumpang termasuk pemandu melanggar lori tanpa muatan yang sedang membuat pusingan U.

“Pemandu Bezza didapati tersepit di bahagian pemandu, manakala lima lagi mangsa berjaya keluar dengan bantuan orang awam,” kata PGO Bomba dalam satu kenyataan hari ini.

Empat mangsa dihantar lebih awal ke Klinik Debak oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), manakala pasukan khas EMRS memberikan rawatan segera kepada mangsa tersepit dengan pemasangan kolar serviks dan KED.

“Pasukan operasi menggunakan peralatan khas termasuk Set Sambungan Ram Teleskopik dan Fx4 Frontliner untuk mengumpil pintu sebelum mangsa dikeluarkan dengan kaedah papan tulang belakang,” katanya.

Dua mangsa kemudian dibawa ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut. Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi berakhir selepas anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan sisa minyak di jalan bagi memastikan keadaan selamat sepenuhnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lelaki hilang di Kapit ditemui maut, kereta terjunam ke gaung
Next: Dua lelaki, seorang wanita cedera kereta jatuh gaung di Jalan Long Loyang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.