Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lima cedera kemalangan kendiri di Jalan Bintulu–Miri
  • KEMALANGAN

Lima cedera kemalangan kendiri di Jalan Bintulu–Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
MANGSA kemalangan menerima rawatan awal di lokasi sementara menunggu bantuan lanjut. Foto BBP Bintulu

BINTULU: Lima individu mengalami kecederaan dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan jenis Proton Saga di Jalan Bintulu–Miri di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.55 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian pada 2.28 petang, didapati kemalangan kendiri berkenaan melibatkan enam mangsa.

“Daripada jumlah itu, lima mangsa mengalami kecederaan dan seorang lagi iaitu pemandu dilaporkan dalam keadaan selamat,” katanya.

PASUKAN bomba dan EMRS memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Bintulu–Miri. Foto BBP Bintulu

Pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) JBPM telah memberikan rawatan awal di lokasi kejadian termasuk pemasangan kolar servikal serta imobilisasi pada bahagian kaki mangsa yang disyaki mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa yang cedera kemudian dibawa menggunakan jentera EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Operasi dilaporkan terkawal pada 2.46 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada 3.32 petang selepas keadaan di lokasi disahkan selamat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mayat kanak-kanak warga Sepanyol ditemukan dalam nahas bot di Labuan Bajo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.