KUCHING: Juara powerlifting dunia dari Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi disandarkan harapan oleh negara untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris bermula hari ini, 28 Ogos sehingga 8 September 2024.
Bonnie antara lima atlet Sarawak yang akan mengibarkan cabaran Malaysia pada temasya kali ini.
Empat lagi atlet adalah dua atlet powerlifting Jong Yee Khie dan Nicodemus Manggoi Moses; atlet boccia Abdul Razzaq Abdul Rahman dan atlet para renang yang membuat kemunculan sulung di Sukan Paralimpik, Mohamad Nur Saiful Zulkapli.
Bonnie salah seorang yang disasarkan untuk mendapat pingat emas selain Nur Saiful.