Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Liga Super Unta jadi tarikan baharu pelancongan musim sejuk di utara China
  • GLOBAL

Liga Super Unta jadi tarikan baharu pelancongan musim sejuk di utara China

Utusan Sarawak 5 hours ago
LIGA Super Unta 2025, tarikan baharu pelancongan musim sejuk di wilayah itu, bermula hari ini di Alxa League, wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China.

HOHHOT, China: Liga Super Unta 2025, tarikan baharu pelancongan musim sejuk di wilayah itu, bermula hari ini di Alxa League, wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China, lapor Xinhua.

Liga Super Unta yang berlangsung dari Disember 2025 hingga Mac 2026 itu menampilkan pelbagai acara termasuk perlumbaan lari berganti unta, perlumbaan jarak jauh, polo unta dan memanah dari atas unta, selain pertandingan kemahiran tradisional serta pertandingan kecantikan unta.

Majlis pembukaan dan pusingan pertama pertandingan menarik penyertaan 24 pasukan, dengan lebih 1,000 ekor unta bertanding.

“Kami berhasrat mempromosikan budaya unta serta produk berkaitan unta melalui Liga Super Unta, selain mewujudkan tarikan baharu bagi pelancongan musim sejuk di Alxa,” kata Pengurus Besar Syarikat Pelaburan dan Pembangunan Pelancongan Alxa League, Arong.

Peserta Guo Jianming membawa lebih 10 ekor unta dari Wilayah Gansu. “Saya telah melatih mereka selama lebih sebulan dan berharap dapat mencapai keputusan yang baik,” katanya.

Penggembala Duulgen dari Ejina Banner berkata untanya menduduki tempat kelima dalam acara perlumbaan unta. Walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, beliau masih mempunyai tiga lagi acara untuk disertai.

“Daripada lebih 100 ekor unta yang saya miliki, saya memilih enam untuk pertandingan ini, empat bagi perlumbaan dan dua untuk pertandingan kecantikan,” katanya. “Ia sangat menyeronokkan dan juga memberi peluang untuk bertukar pengalaman dengan penternak lain.”

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Empat maut terhidu gas karbon monoksida di timur India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.