Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liga Super: Kuching City FC tewaskan Imigresen FC 4-0
  • SUKAN

Liga Super: Kuching City FC tewaskan Imigresen FC 4-0

Utusan Sarawak 2 days ago
KUCHING City FC beraksi cemerlang di gelanggang sendiri apabila menewaskan Imigresen FC 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Negeri Sarawak malam ini. Foto Facebook Kuching City FC

KUCHING: Kuching City FC beraksi cemerlang di gelanggang sendiri apabila menewaskan Imigresen FC 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Negeri Sarawak malam ini.

Aksi babak pertama berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan, namun tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-29 menerusi rembatan kencang Muhammad Ramadhan Saifullah Usman yang menewaskan penjaga gol lawan.

Suasana tegang berlaku pada masa tambahan babak pertama apabila pemain import Imigresen FC Pedro Santos Filho dilayangkan kad kuning selepas merempuh Moses Atede.

Skuad The Cats diberikan sepakan percuma hasil kekasaran itu, namun peluang berkenaan gagal disempurnakan, sekali gus menyaksikan babak pertama berakhir dengan kedudukan 1-0.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila Ahmad Danial Ahmad Asri meledak gol kedua pada minit ke-48.

Ahmad Danial sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila tenang menyudahkan peluang pada minit ke-64 untuk menghadiahkan gol ketiga pasukan tuan rumah, sebelum Petrus Shitembi melengkapkan kemenangan 4-0 Kuching City pada minit ke-74.

Kemenangan itu menjadikan Imigresen FC sebagai mangsa ketiga skuad The Cats, yang kini menghuni tangga keempat liga dengan 10 mata selepas lima perlawanan.

-Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kalimantan Timur tuan rumah Sukan Borneo 2027
Next: Arsenal tunjuk gaya juara – Arteta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.