Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kuching City FC rampas tangga kedua Liga Super selepas benam PDRM FC 4-1
  • SUKAN

Kuching City FC rampas tangga kedua Liga Super selepas benam PDRM FC 4-1

Utusan Sarawak 7 hours ago
PEMAIN Kuching City FC Petrus Shitembi diasak dua pemain PDRM FC ketika perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, malam ini. Keputusan penuh, Kuching City FC 4-1 PDRM FC. Foto Bernama

PETRA JAYA: Kuching City FC mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas PDRM FC dalam aksi Liga Super 2025/2026 di Stadium Negeri Sarawak, malam ini.

Menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri, tuan rumah bermula agresif dengan gol seawal minit pertama menerusi Wanja Roland Ngah, sebelum PDRM menyamakan kedudukan pada minit ke-42 hasil jaringan Muhammad Amirul Waie Yaakob untuk menutup babak pertama 1-1.

The Cats kembali mendominasi sejurus babak kedua bermula apabila Muhammad Ramadan Saifullah meledak dua gol pada minit ke-47 dan ke-61, diikuti jaringan Jerome Mpacko Etame pada minit ke-67 bagi mengesahkan kemenangan selesa.

PEMAIN Kuching City FC meraikan jaringan gol ketiga ketika perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, malam ini. Keputusan penuh, Kuching City FC 4-1 PDRM FC. Foto Bernama

Kemenangan itu melonjakkan Kuching City ke tangga kedua liga dengan 43 mata, berkongsi mata dengan Selangor FC di tempat ketiga, namun dipisahkan oleh perbezaan jaringan.

Sementara itu, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan FC (NSFC) terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 menentang DPMM FC.

Skuad Jang membuka tirai jaringan menerusi penyudah kemas pemain import dari Jepun, Takumi Sasaki pada minit ke-30 hasil hantaran tepat A. Selvan.

PEMAIN PDRM FC Mohammad Fakhrullah Mohamad Yusoff cuba menghalang pemain Kuching City FC Wanja Ronald Ngah ketika perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, malam ini. Keputusan penuh, Kuching City FC 4-1 PDRM FC. Foto Bernama

Memasuki babak kedua, pasukan pelawat bangkit menyamakan kedudukan apabila Okechukwu Christian Irobiso meledak gol menerusi tandukan pada minit ke-49 hasil hantaran Miguel Angelo Agostinho Oliveira.

Kelekaan tuan rumah dihukum apabila pemain DPMM, Jordan Murray melakukan hantaran tepat kepada Muhammad Hakeme Yazid Said yang tenang menyempurnakan peluang untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-60.

NSFC bagaimanapun mempamerkan kebangkitan apabila Joseph Esso menyamakan kedudukan pada minit ke-73 menerusi tandukan hasil hantaran pemain pertahanan Kei Oshiro.

Keputusan seri itu menyaksikan NSFC kekal di kedudukan keenam liga dengan 23 mata, manakala DPMM di tangga kelapan dengan 22 mata.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Lavinia, Abang Afiq ungguli SSC-ABAS U21 April Roll-Off 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.