Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liga Malaysia bersambung 26 Ogos
  • SUKAN

Liga Malaysia bersambung 26 Ogos

Utusan Sarawak 5 years ago

MALAYSIAN  Football  League  (MFL) semalam mengumumkan Liga Malaysia  2020  kembali  bersambung  pada  26  Ogos  depan  selepas  ditangguhkan  sejak 16 Mac lalu disebabkan pandemik Covid-19.

Keputusan  menerusi  persetujuan  Ahli  Lembaga  Pengarah  MFL  itu  dicapai  selepas  menilai banyak faktor termasuk tempoh persiapan pasukan bertanding dalam memastikan kualiti Liga Malaysia lebih kompetitif dan berkualiti.

Ketua  Pegawai  Eksekutif  MFL,  Dato’  Ab  Ghani  Hassan  berkata,  badan  pentadbir  liga tempatan itu percaya tarikh baharu saingan Liga Malaysia tersebut adalah yang terbaik buat semua pasukan selepas sesi latihan Fasa 2 telah dibenarkan oleh pihak kerajaan bermula 15 Julai lalu.

“Untuk memulakan kembali Liga Malaysia 2020 yang tertangguh sejak 16 Mac lalu beberapa perkara perlu dipatuhi oleh semua pasukan di mana setiap stadium atau venue perlawanan hendaklah  berdaftar  dengan  Kementerian  Perdagangan  Antarabangsa  dan  Industri  (MITI) dan disahkan oleh MFL serta wajib menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi.

“Komisioner  Perlawanan  lantikan  MFL  akan  membuat  pemeriksaan  stadium  atau  venue perlawanan  sebelum  liga  dimulakan  dan  Prosedur Operasi  Standard (SOP) pengelolaan perlawanan akan diedarkan oleh MFL kepada semua pasukan kelak.

“Bagi  memastikan  kelancaran  Liga  Malaysia  2020,  pihak  MFL  juga  semalam  sudah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi  membincangkan persiapan dan SOP pertandingan. 

“Apa yang pasti, kita memang sudah bersedia untuk menyambung semula saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

MFL  kekal  dengan  format  pertandingan CIMB  Liga  Super,  Liga  Premier  di  mana  saingan secara  separuh  liga  sahaja. 

Menerusi  format itu, liga akan bersambung dari perlawanan kelima hingga  perlawanan ke-11 dengan  semua  perlawanan  mengikut  jadual  asal  seperti yang telah ditetapkan.

Begitu  juga  dengan  pertandingan  TM  Piala  Malaysia  yang  akan  berlangsung  pada  17 hingga 18 Oktober nanti dan akan berakhir pada 7 November manakala Shopee Piala FA dan Challenge Cup dibatalkan.

Format  pertandingan  TM  Piala  Malaysia  akan  dirombak  yang mana  tiada  saingan  peringkat kumpulan dengan  saingan  16  pasukan  akan  berlangsung  secara  kalah  mati  satu pusingan termasuk suku akhir dan separuh akhir.

11 pasukan terbaik CIMB Liga Super dan lima pasukan terbaik Liga Premier (kecuali pasukan Reserve Team) yang layak  beraksi  dalam saingan  TM  Piala  Malaysia  akan  diundi  untuk menentukan perlawanan awal dan juga pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun, Dato’ Ab Ghani memaklumkan bahawa perlawanan tertunda iaitu aksi CIMB Liga Super yang menemukan PJ City FC menentang Terengganu FC serta perlawanan Liga Premier UKM FC bertemu Kelantan akan dimainkan pada 22 Ogos depan.

“Pasukan tuan rumah iaitu PJ City FC dan UKM FC hendaklah memastikan pelan kawalan keselamatan,  persediaan  stadium  atau  venue  perlawanan,  petugas stadium  diatur dan disediakan dengan cukup rapi,” katanya.

Dalam  perkembangan  sama,  Dato  Ab’  Ghani  menegaskan  semua  pasukan  tidak dibenarkan mengadakan perlawanan persahabatan bermula 15 sehingga 28 Julai ini.

Namun pasukan berstatus dari CIMB Liga Super dan Liga Premier hanya dibenarkan mengadakan perlawanan persahabatan pada 2 Ogos depan sebaik tamat tempoh bertenang bermula 29 Julai dan tamat pada 1 Ogos depan.

“Tempoh ini adalah bagi penilaian dan pemantauan simptom Covid-19  bagi  memastikan tahap  kesihatan  semua  pegawai  dan  pemain  masih  baik  setelah  14  hari  tempoh  Latihan Berkontak Fizikal dibenarkan yang mana latihan pasukan masih dibenarkan sepanjang tempoh ini.

“Berkenaan perlawanan persahabatan, MFL mengalakkan pasukan mengadakan perlawanan di antara wakil Liga Malaysia iaitu CIMB Liga Super dan Liga Premier sahaja kerana pasukan ini telah menjalani Ujian Calitan (Swab Test) dan memahami SOP yang telah ditetapkan.

“Perlawanan hanya dibenar diadakan di dalam stadium atau venue perlawanan sahaja dan stadium  tersebut  perlu didaftarkan  di  MITI.

“Stadium tersebut perlu menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi sebelum perlawanan diadakan.

“Perlawanan tersebut perlu dimainkan tanpa penonton, hanya pegawai dan pemain pasukan yang berdaftar dan telah menjalani Ujian Calitan (Swab Test) sahaja dibenar berada di stadium.

“Nasihat  MFL  supaya pemain,  pegawai  serta  semua  yang  terlibat  menjaga  kepentingan kesihatan serta akur kepada arahan SOP bagi memastikan bukan sahaja mahu memutuskan rangkaian tetapi bebas daripada pandemik Covid-19,” katanya.

Continue Reading

Previous: Real Madrid rangkul gelaran ke-34
Next: Alan sedia rebut tempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.