Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liek Hou juara dunia buat kali kesembilan
  • SUKAN

Liek Hou juara dunia buat kali kesembilan

Utusan Sarawak 13 hours ago
JAGUH para badminton negara Cheah Liek Hou terus mengekalkan kelas tersendiri apabila berjaya mempertahankan gelaran juara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) pada Kejohanan Para Badminton Dunia 2026 di Manama, Bahrain hari ini.

KUALA LUMPUR: Jaguh para badminton negara Cheah Liek Hou terus mengekalkan kelas tersendiri apabila berjaya mempertahankan gelaran juara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) pada Kejohanan Para Badminton Dunia 2026 di Manama, Bahrain hari ini.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Isa Sports City, Liek Hou tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan 21-6, 21-11 ke atas pencabar dari Taiwan Fang Jen-Yu dalam tempoh 28 minit, sekali gus meraih gelaran dunia kesembilan sepanjang kariernya.

Sebelum ini, Liek Hou merangkul kejuaraan perseorangan lelaki SU5 pada 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017, 2022 dan 2024.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024 berusia 37 tahun itu turut mengumpul enam gelaran juara dalam saingan beregu lelaki SU5 yang dimenanginya pada 2005, 2007, 2011, 2013, 2015 dan 2024.

Sementara itu, Liek Hou kini berpeluang menambah koleksi gelaran berganda apabila bakal beraksi dalam final beregu lelaki SU5 malam ini bersama Mohamad Faris Ahmad Azri menentang pasangan Taiwan, Fang-Pu Gui Yu.

Pasangan Liek Hou-Mohamad Faris hanya memerlukan masa 35 minit untuk merangkul gelaran juara beregu dengan menundukkan pilihan kedua itu dengan keputusan 23-21, 21-13.

-Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sarawak percepat persiapan, sasar Sukan SEA 2027 terbaik dalam sejarah
Next: Piala Malaysia: Kuching City sah ke separuh akhir dengan agregat 6-2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.