Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Libat urus BDDA teliti cadangan minaret, parkir dan landskap Masjid baharu Debak
  • Selatan
  • WILAYAH

Libat urus BDDA teliti cadangan minaret, parkir dan landskap Masjid baharu Debak

Utusan Sarawak 15 hours ago
DATUK Mohammad Razi Sitam sedang mempengerusikan sesi libat urus bagi membincangkan pelaksanaan projek BDDA bagi kawasan DUN Saribas telah diadakan dekat sini, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Saribas

PETRA JAYA: Satu sesi libat urus bagi membincangkan pelaksanaan projek di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas telah diadakan di Pejabat Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, semalam.

Sesi tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam bersama wakil daripada beberapa agensi berkaitan bagi meneliti cadangan projek pembangunan kemudahan di Masjid baharu Daerah Debak.

Perbincangan memberi tumpuan kepada cadangan pembinaan menara azan (minaret), kemudahan parkir serta landskap bagi Masjid baharu Daerah Debak sebagai usaha menambah baik kemudahan dan keselesaan jemaah yang hadir menunaikan ibadah.

DATUK Mohammad Razi Sitam sedang mempengerusikan sesi libat urus bagi membincangkan pelaksanaan projek BDDA bagi kawasan DUN Saribas telah diadakan dekat sini, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Saribas

Selain itu, projek tersebut juga dilihat mampu memperkukuh peranan masjid sebagai pusat kegiatan komuniti setempat, termasuk penganjuran program keagamaan, pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan.

Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata, sesi libat urus seperti ini penting bagi memastikan setiap cadangan projek dapat dirancang dengan teliti serta mengambil kira keperluan sebenar masyarakat di kawasan Debak.

Menurut beliau, kerjasama erat antara agensi kerajaan, pihak teknikal dan perunding projek amat penting bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

DATUK Mohammad Razi Sitam sedang mempengerusikan sesi libat urus bagi membincangkan pelaksanaan projek BDDA bagi kawasan DUN Saribas telah diadakan dekat sini, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Saribas

Tambahnya, melalui perancangan rapi dan penyelarasan yang baik, projek berkenaan diharap dapat direalisasikan bagi memberi manfaat kepada penduduk setempat serta meningkatkan kemudahan infrastruktur keagamaan di kawasan Saribas.

Turut hadir, wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak termasuk Pejabat JKR Bahagian Betong dan ibu pejabat, Jabatan Agama Islam Sarawak, pihak BDDA serta perunding projek yang terlibat dalam perancangan pembangunan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program 3R pupuk minat remaja dekati masjid sepanjang Ramadan
Next: JBPM agih 669 bubur lambuk, erat hubungan dengan komuniti Kota Padawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.