Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • LGE minta MK dedah senarai 101 projek
  • NASIONAL

LGE minta MK dedah senarai 101 projek

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 26 Ogos -- Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika sidang media pada Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA … Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika sidang media pada Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam.•Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng (LGE) meminta Menteri Kewangan (MK) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendedahkan senarai 101 projek secara rundingan terus bernilai RM6.61 bilion yang diluluskan ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya tiada senarai projek itu, MOF (Kementerian Kewangan) yang ada, saya bukan menteri sekarang, saya tak boleh umumkan kerana butirannya tidak pernah dibentangkan dalam mana-mana laporan,” kata bekas Menteri Kewangan itu pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat kajian menyeluruh terhadap projek rundingan terus yang diluluskan pada zaman Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) dan bukan hanya projek di zaman PH.

Isnin lalu, Tengku Zafrul pada persidangan Dewan Rakyat memberitahu   rekod menunjukkan Kementerian Kewangan ketika diterajui Lim sebelum ini   meluluskan 101 projek secara rundingan terus.

Lim, dalam sidang media pada Selasa, mengakui meluluskan projek itu dan menyifatkan ia perkara lumrah serta tidak bercanggah dengan peraturan kerajaan.

Katanya, jumlah itu hanyalah mewakili empat peratus daripada keseluruhan nilai pembangunan atau 1.4 peratus berbanding keseluruhan perolehan sepanjang 22 bulan pentadbiran kerajaan sebelum ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ibu tunggal anak lima ditahan positif dadah
Next: Toleransi kunci keamanan, kedaulatan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.