Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lex Series kembali di Hab Inovasi Digital Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Lex Series kembali di Hab Inovasi Digital Sibu

Utusan Sarawak 14 hours ago
ORANG ramai yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster program untuk pendaftaran.

SIBU: Siri Lex Series kembali dengan bahagian kedua bertajuk ‘Pengenalan kepada Sejarah Undang-Undang Common II’ yang akan berlangsung pada 26 Mei bertempat di Hab Inovasi Digital Sibu (SDIH), dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Program ini akan disampaikan oleh Tetuan Revd. (Fr.) Charrlly Simon, seorang tokoh pendidikan undang-undang yang juga merupakan Pengarah Institut Runding Sarawak serta Pengarah Program dan Pengurus SDIH.

Beliau juga merupakan ahli berdaftar Chartered Institute of Educational Assessors, UK.

Siri ceramah ini sesuai untuk pelajar undang-undang, pengamal perundangan muda serta orang awam yang ingin mendalami sejarah dan asas sistem Undang-Undang Common yang menjadi tunjang kepada banyak sistem perundangan moden.

Peserta yang berminat boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi atau melalui pautan pendaftaran berikut: https://form.jotform.com/250849259659475
Penganjuran ini turut disokong oleh The Malaysian Institute of Arbitrators (MIArb) dan Chartered Institute of Educational Assessors (CIEA).

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hasbi gesa penyaluran bantuan lebih efisien, menyeluruh
Next: 15 suri rumah sertai KKJP di Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.