Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Letusan gunung berapi di timur Indonesia jejaskan penerbangan ke Bali
  • GLOBAL

Letusan gunung berapi di timur Indonesia jejaskan penerbangan ke Bali

Utusan Sarawak 8 hours ago

JAKARTA: Sebuah gunung berapi meletus di timur Indonesia pada awal pagi Sabtu, menyebabkan penangguhan dan pembatalan 24 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).

Menurut BNPB, walaupun diletakkan pada tahap amaran tertinggi (Tahap 4), letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores tidak mencetuskan sebarang pemindahan atau menyebabkan kecederaan.

“Letusan itu direkodkan pada 1.05 pagi waktu tempatan, dengan awan abu mencapai ketinggian 18,000 meter dari atas puncak,” kata Jurucakap BNPB Abdul Muhari.

Beliau dalam kenyataan itu menyifatkan kepulan abu itu berwarna kelabu hingga hitam dengan intensiti tinggi, bergerak ke arah barat daya, barat dan barat laut.

Alat seismik merekodkan gegaran kuat 47.3 milimeter semasa letusan yang berlangsung selama kira-kira 14 minit, tambah Abdul Muhari.– Bernama

Continue Reading

Previous: Nahas Autopilot: Tesla diarah bayar RM1 bilion
Next: Jepun sahkan tiada ancaman tsunami susulan letusan Gunung Lewotobi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.