Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Letusan gunung berapi di Guatemala, lebih 500 orang dipindahkan
  • GLOBAL

Letusan gunung berapi di Guatemala, lebih 500 orang dipindahkan

Utusan Sarawak 15 hours ago
ASAP mengepul dari kawah Gunung Berapi Fuego yang digambarkan dari Escuintla, Guatemala pada 5 Jun 2025. Sekurang-kurangnya 330 orang dipindahkan Khamis di Guatemala selepas letusan gunung berapi Fuego, terletak 35 km dari ibu negara, kata agensi perlindungan awam, yang mengisytiharkan amaran oren. -Foto AFP

BUENOS AIRES: Gunung Berapi Volcán de Fuego atau Fire Volcano di Guatemala memuntahkan abu dan lava, memaksa lebih 500 orang dipindahkan setakat ini, kata agensi pengurusan bencana negara itu semalam, lapor agensi berita Jerman dpa.

Aliran lava sepanjang kira-kira 1,200 meter mengalir dari kawah, menurut Institut Nasional Seismologi, Vulkanologi, Meteorologi dan Hidrologi di platform media sosial X. 

Abu dijangka boleh merebak sehingga sejauh 50 kilometer dari gunung berapi.

Gunung Berapi Volcán de Fuego setinggi hampir 3,800 meter itu terletak kira-kira 40 kilometer barat daya ibu negara, Guatemala City, dan merupakan antara gunung berapi paling aktif di Amerika Tengah.

Dalam letusan dahsyat pada 2018, ratusan orang terkorban.

-Bernama-dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Warga emas semangat tunai ibadah melontar meski kudrat terbatas
Next: Trump pula kata Elon Musk sudah ‘hilang akal’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.