Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Letupan Red Fort New Delhi: Angka korban meningkat kepada 13
  • GLOBAL

Letupan Red Fort New Delhi: Angka korban meningkat kepada 13

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR diambil pada 12 November 2025 dan dikeluarkan oleh Biro Maklumat Akhbar India (PIB) menunjukkan Perdana Menteri India, Narendra Modi, melawat mangsa yang cedera dalam letupan berhampiran Red Fort, di Hospital Lok Nayak, New Delhi. Pada 11 November, Modi menyifatkan letupan kereta maut di tengah-tengah ibu negara sebagai satu “konspirasi”, dan berikrar bahawa mereka yang bertanggungjawab akan menghadapi keadilan. Foto AFP

NEW DELHI: Angka korban membabitkan insiden letupan berhampiran Red Fort awal minggu ini meningkat kepada 13 selepas seorang lagi mangsa cedera meninggal dunia di Hospital Lok Nayak Jaya Prakash (LNJP) di sini, menurut seorang pegawai Delhi.

Mangsa dikenali sebagai Bilal, lapor Press Trust of India (PTI).

Menurut Polis Delhi, maklumat mengenai kematian Bilal diterima dari pihak hospital pada awal pagi Khamis.

Sementara itu, beberapa agensi keselamatan sedang mengesan sebuah kereta ketiga yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes letupan Red Fort, menurut sumber polis pada Khamis.

Dalam kejadian pada Isnin petang, sebuah Hyundai i20 berwarna putih meletup berhampiran Red Fort, mengorbankan 13 orang dan mencederakan 30 yang lain. 

Hasil siasatan kemudiannya berjaya mengesan kenderaan kedua, Ford EcoSport merah di Faridabad.

Bagaimanapun, kereta ketiga yang dipercayai jenis Maruti Brezza masih belum ditemukan.- Bernama-PTI

Continue Reading

Previous: 8 maut selepas kapal karam di Kalimantan Timur, Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.