
A victim, injured in an explosion at a cattle market in Sangin district, is brought to a hospital in Lashkar Gah city of Helmand province on June 29, 2020. - Multiple explosions tore through a busy market in southern Afghanistan on June 29, killing at least 23 civilians, officials said, blaming the Taliban for the carnage. The latest bloodshed comes as both the Taliban and Afghan government prepare to launch peace talks aimed at ending the country's nearly two-decade-old war. The blasts at the bazar in the Sangin district of Helmand province also wounded 15 people, the governor's office and army said in separate statements. (Photo by Noor MOHAMMAD / AFP)

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat orang maut dan 17 yang lain cedera dalam kejadian letupan di sebuah loji kuasa terma di selatan India pada Rabu, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.
Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran. Kejadian berlaku di kilang Neyveli Lignite di daerah Cuddalore di Tamil Nadu selatan India, menurut stesen penyiar NDTV.
Kejadian itu yang kedua pernah berlaku di kilang sama, insiden pertama pada Mei lalu.
Jabatan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan punca letupan masih disiasat.
Loji kuasa terma ialah stesen penjana elektrik yang menggunakan stim atau enjin pembakaran sebagai pemacu penjana. – Bernama