
ISTANBUL: Insiden letupan di sebuah kemudahan gas di Bandar Perindustrian Ras Laffan, Qatar mengakibatkan beberapa orang cedera susulan kerosakan teknikal semasa operasi, menurut pihak berkuasa pada Ahad.
Anadolu Ajansi melaporkan bahawa Kementerian Dalam Negeri Qatar dalam satu kenyataan berkata insiden itu berlaku di sebuah kilang di kawasan perindustrian berkenaan dan tidak menyebabkan sebarang kebocoran berbahaya yang mengancam keselamatan awam.
Kementerian memaklumkan bahawa pihak berkuasa berkaitan masih meneruskan usaha menangani insiden berkenaan.
Sementara itu, QatarEnergy berkata letupan dan kebakaran di kemudahan bekalan gas tempatan Barzan berlaku semasa operasi permulaan dijalankan pada waktu petang.
Syarikat itu berkata pasukan tindak balas kecemasan berjaya mengawal kebakaran dan berjanji akan mengeluarkan maklumat lanjut sebaik sahaja tersedia.- Bernama-Anadolu