Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Letupan bom di Pakistan: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada
  • GLOBAL

Letupan bom di Pakistan: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada

Utusan Sarawak 6 months ago

Anggota polis dan orang awam berkumpul di lokasi kejadian di tengah-tengah runtuhan selepas letupan bom di sebuah stesen kereta api di Quetta, Pakistan.

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang menetap atau berada di Pakistan dinasihatkan supaya berwaspada dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai susulan insiden letupan bom pada Sabtu di sebuah stesen kereta api di Quetta, barat daya Pakistan.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa pihaknya sedang menilai situasi semasa dan akan mengeluarkan maklumat terkini jika perlu.

Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftarkan kehadiran mereka digalakkan berbuat demikian melalui [E-Konsular](https://ekonsular.kln.gov.my/) bagi memastikan bantuan dan maklumat dapat disampaikan tepat pada masanya.

Bagi mendapatkan bantuan konsular, mereka boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi di alamat: H. No. 7-A Main Khayaban-e-Shamsheer, DHA V, 75500 Karachi, Pakistan, atau melalui talian: +92 21 3529 5618/19, +92 21 3529 5614/17, atau e-mel: mwkarachi@kln.gov.my.

Sekurang-kurangnya 26 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 40 lagi cedera dalam insiden itu pada Sabtu.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Korea Utara ganggu isyarat GPS, jejas kapal, pesawat awam – tentera Korea Selatan
Next: Taufan Nika diramal mendarat di Filipina pada Isnin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.