Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Letak anjing halau ancaman monyet liar di kebun buah-buahan
  • WILAYAH

Letak anjing halau ancaman monyet liar di kebun buah-buahan

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah pada Majlis Ngiling Bidai di Rumah Mendit Unsu Penom, dekat sini hari ini. Foto ADUN Bukit Saban

SPAOH: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah mahu penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban untuk mencuba kaedah meletakkan anjing di kawasan kebun buah-buahan mereka.

Ini kerana menurut beliau, kawasan kebun buah-buahan milik penduduk di sekitar DUN Bukit Saban gelisah kerana ancaman monyet liar yang memusnahkan kebun buah-buahan penduduk.

“Saya memberi idea dan mengesyorkan penduduk yang mempunyai kebun buah-buahan agar meletakkan anjing mereka di kawasan kebun mereka. Ini adalah bertujuan untuk mengusir monyet liar tersebut daripada memusnahkan kebun buah-buahan mereka.

“Kita telah mencuba pelbagai pilihan sebelum ini tetapi tidak berjaya. Mari kita fikirkan bagaimana kita boleh melatih anjing untuk menjaga kebun kita dan mengejar monyet-monyet yang mengambil hak penduduk ini,” katanya.

DATUK Amar Douglas Uggah pada Majlis Ngiling Bidai di Rumah Mendit Unsu Penom, dekat sini hari ini. Foto ADUN Bukit Saban

Beliau berkata demikian pada Majlis Ngiling Bidai di Rumah Mendit Unsu Penom, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Uggah yang disertai oleh Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu menyerahkan geran Program Transformasi luar bandar (RTP) dan Program Luar Bandar Kecil (MRP) dan juga bantuan input pertanian.

Uggah berkata apabila semua orang rumah panjang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan mereka, ia mungkin menjadi penyelesaian kepada masalah yang sudah lama membelenggu pekebun ini.

Beliau juga menasihati pemilik anjing untuk memvaksinasi haiwan kesayangan mereka terlebih dahulu supaya Betong boleh kekal bebas jangkitan rabies.

Kemudian pada majlis itu, Uggah menyerahkan sebahagian daripada 5,268 beg baja kepada 439 petani lada dari 51 buah rumah panjang yang hadir serta bantuan kerajaan berkenaan menelan kos sebanyak RM1 juta.

Beliau turut menyampaikan sebahagian daripada 3,960 beg baja kepada 165 pekebun sawit yang hadir dari 45 rumah panjang dan berharga RM249,480.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pesta Adet Saviek Kajang 2025 perkukuh warisan budaya
Next: Geran berjumlah RM390,200 diagih kepada 37 pertubuhan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.