Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Leoni sah milik Liverpool dengan yuran perpindahan RM172 juta
  • SUKAN

Leoni sah milik Liverpool dengan yuran perpindahan RM172 juta

Utusan Sarawak 7 hours ago
GIOVANNI Leoni.

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Arne Slot mengesahkan kelab itu mencapai persetujuan dengan Parma untuk mendapatkan pertahanan tengah muda berusia 18 tahun, Giovanni Leoni, dengan yuran perpindahan dianggarkan £26 juta (RM172 juta).

Pemain remaja itu hanya beraksi 17 perlawanan Serie A bersama Parma, namun reputasinya menarik minat juara Liga Perdana Inggeris itu yang ketika ini kekurangan pilihan di posisi pertahanan selepas Jarell Quansah berpindah ke Bayer Leverkusen.

Situasi bertambah rumit apabila Joe Gomez dibelenggu kecederaan sepanjang pramusim, manakala masa depan Ibrahima Konate masih samar dengan kontraknya berbaki setahun.

“Kelab sudah bersetuju, tetapi dia belum menandatangani. Apabila dia rasmi bersama kami, saya boleh kongsi lebih banyak,” kata Slot menjelang aksi pembukaan liga menentang Bournemouth, Sabtu ini.

Musim panas ini Liverpool sudah berbelanja besar kira-kira £260 juta (RM1.7 bilion) untuk membawa masuk Florian Wirtz, Hugo Ekitike, Jeremie Frimpong dan Milos Kerkez sebagai persiapan mempertahankan gelaran.

Bagaimanapun, Slot tidak menolak kemungkinan menambah lagi pertahanan tengah sebelum jendela perpindahan ditutup, termasuk dikaitkan dengan kapten Crystal Palace, Marc Guehi.

Liverpool kali terakhir mempertahankan gelaran liga pada 1984, dan Slot mengakui cabaran kali ini lebih getir selepas kehilangan beberapa tonggak termasuk Trent Alexander Arnold, Luis Diaz, Darwin Nunez dan Caoimhin Kelleher, selain tragedi kematian Diogo Jota dalam kemalangan jalan raya bulan lalu.

“Kami kehilangan lima hingga enam pemain utama musim lalu dan hanya membawa masuk empat. Jadi proses penyesuaian itu normal. Persaingan di liga ini sangat sengit,” katanya.

Sementara itu, yuran perpindahan Wirtz dari Leverkusen ke Anfield dilaporkan mampu meningkat sehingga £116 juta (RM768 juta), hampir rekod Britain, namun Slot percaya pemain antarabangsa Jerman itu mampu menanggung tekanan berkenaan.

“Dia kreatif, kuat dari segi mental dan tidak terpengaruh dengan harga perpindahan. Pemain berkualiti akan sentiasa menemui jalan untuk menyerlah,” ujar jurulatih dari Belanda itu.

-AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: MSSB Kuching dinobat juara Kejohanan Bola Sepak MSS Sarawak 2025 Bawah 12 Tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.