Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Leonard Libau dilantik sebagai Temenggung komuniti Iban Sri Aman
  • WILAYAH

Leonard Libau dilantik sebagai Temenggung komuniti Iban Sri Aman

Utusan Sarawak 21 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis menyaksikan majlis ringkas penyampaian watikah pelantikan Temenggung bagi komuniti Iban Bahagian Sri Aman dekat sini semalam.  Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Leonard Libau Anol, 63, dilantik sebagai Temenggung bagi komuniti Iban Bahagian Sri Aman bagi lantikan pertama berkuat kuasa 1 Julai lalu sehingga 31 Disember 2029. 

Pelantikan tersebut merupakan pengiktirafan terhadap peranan dan sumbangan beliau dalam memimpin serta memelihara keharmonian masyarakat setempat.

Majlis ringkas penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, yang menyerahkan surat pelantikan kepada Leonard Libau. 

Turut menyaksikan majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis.

Harden merakamkan ucapan tahniah kepada Leonard Libau atas amanah yang diberikan selain mengharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab dengan berintegriti serta berpandangan jauh demi kepentingan masyarakat.

DATUK Francis Harden Hollis menyaksikan majlis ringkas penyampaian watikah pelantikan Temenggung bagi komuniti Iban Bahagian Sri Aman dekat sini semalam.  Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

“Pelantikan ini turut menandakan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh institusi Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Sarawak. 

“Penyambungan perkhidmatan Leonard selepas tempoh pertama akan ditentukan oleh Jawatankuasa Panel Pemilihan KMKK Bahagian,” katanya.

Leonard Libau menyatakan rasa terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan berjanji akan berkhidmat dengan penuh dedikasi. 

Beliau juga menggesa kerjasama erat semua pihak bagi memastikan keamanan, kemajuan dan kesejahteraan komuniti Iban di Bahagian Sri Aman dapat terus dipelihara.

Majlis ini turut dihadiri barisan pemimpin masyarakat yang lain termasuk Temenggong Mohd Shah Achang, Temenggong Kueh Aik Seng, Pemanca Lee Siang Hua, Pemanca Denneil Saweng, Pemanca Abang Norin Abang Norudin, Penghulu Andar Suntai, Penghulu Tiong Chong Onn, Penghulu Empaga Bailey, dan Penghulu Kang Tai Kong. 

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 27 peserta sertai Kelas Ngajat di Kampung Krangan Jaya
Next: Tun Wan Junaidi dan keluarga nikmati makan tengah hari di Restoran Bombay Spices

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.