Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lengkapi masjid, surau dengan ICT
  • TEMPATAN

Lengkapi masjid, surau dengan ICT

Utusan Sarawak 5 years ago
PENYERAHAN CEK… Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyampaikan cek sumbangan kepada salah seorang wakil penerima pada majlis penyerahan sumbangan Majlis Islam Sarawak kepada Masjid dan Surau negeri Sarawak di Persada Majma Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO.

KUCHING:   Setiap masjid dan surau di negeri ini perlu dilengkapi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memudahkan pelbagai program yang boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam Dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sudahpun melancarkan pelbagai program peningkatan sistem ICT di seluruh negeri sebagai sokongan kepada pembangunan fizikal yang lain.

“Jadi kita di masjid dan surau, termasuk kampung jangan ketinggalan. Pastikan bahawa kita ada kemudahan yang sama di masjid dan surau kita kerana kita mahu mengadakan program yang pelbagai termasuk dari aspek pembangunan masyarakat,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan sumbangan Majlis Islam Sarawak kepada masjid dan surau negeri Sarawak tahun 1442H/2020M di Persada Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di sini, kelmarin.

Beliau memberi contoh kaum wanita di kampung-kampung yang biasanya menggunakan  ruang masjid atau surau untuk aktiviti latihan ekonomi tertentu atau ingin berlatih bagaimana meningkatkan pasaran produk.

Sekiranya masjid dan surau dilengkapi kemudahan ICT, mereka dapat mengikuti pengajian secara atas talian.

Malah kata beliau lagi, anak anak yang masih berada di peringkat sekolah rendah dan menengah boleh menggunakan ruang surau dan masjid untuk kelas tuisyen, pelajaran dan sebagainya yang boleh membantu latihan mereka di sekolah.

Justeru Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Air)  berharap  kemudahan-kemudahan asas ICT perlu ada  di masjid dan kerana ia juga membantu segenap lapisan masyarakat yang ingin mendampingi masjid dan surau di seluruh negeri.

“Dengan kata lain, masjid dan surau kita itu fungsinya pelbagai yang dapat membangunkan masyarakat.

“Kita jadikan masjid dan surau kita sebagai komponen utama dalam masyarakat,” tambah beliau.

Terdahulu, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha berkata, Majlis Islam Sarawak pada tahun ini memperuntukkan dana berjumlah RM1,516,000.00 untuk disumbangkan kepada semua masjid dan surau  di negeri ini pada kadar  RM1000 setiap satu.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: Guna teknologi tingkat hasil pertanian
Next: Kibar bendera, tingkat semangat patriotisme

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.