Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lemang Pak Jamal kekalkan warisan makanan tradisional menjelang Aidilfitri
  • Tengah
  • WILAYAH

Lemang Pak Jamal kekalkan warisan makanan tradisional menjelang Aidilfitri

Utusan Sarawak 3 hours ago
LEMANG Pak Jamal bukan sahaja menjadi pilihan semasa Aidilfitri, malah turut mendapat sambutan hangat pada perayaan lain seperti Hari Gawai, Tahun Baharu Cina dan Krismas. Foto UKAS

SIMANGGANG:  Menjelang sambutan Aidilfitri, aroma lemang yang dibakar secara perlahan mula menyelubungi Kampung Hulu di sini, sekali gus mencerminkan tradisi yang kekal diamalkan oleh masyarakat setempat.

Bagi pengusaha yang dikenali sebagai Lemang Pak Jamal, penyediaan juadah tradisional itu bukan sekadar perniagaan bermusim, sebaliknya menjadi amalan tahunan yang turut memperkukuh hubungan dalam komuniti setempat.

Menurut beliau, bagi menghasilkan sekitar 300 batang lemang, sebanyak 60 kilogram santan diperlukan, manakala proses memasak mengambil masa sekitar dua jam setengah.

PROSES pembakaran lemang mengambil masa lebih dua jam setengah, dengan lima hingga enam individu berganding bahu memastikan hasilnya berkualiti. Foto UKAS

“Biasanya lima hingga enam individu akan terlibat dalam proses ini, dan tenaga kerja juga berubah setiap tahun bergantung kepada keadaan,” katanya ketika ditemui UKAS semalam.

Beliau berkata, menjelang Aidilfitri, permintaan terhadap lemang meningkat, dengan sesetengah pelanggan mengambil tempahan sendiri manakala yang lain lebih memilih perkhidmatan penghantaran terus ke rumah.

Tambahnya, lemang yang dihasilkan boleh disimpan sehingga lima hari jika disimpan dengan cara betul.

Menariknya, produk Lemang Pak Jamal bukan sahaja popular semasa Aidilfitri, malah turut mendapat sambutan hangat pada perayaan lain seperti Hari Gawai, Tahun Baharu Cina dan Krismas.

Berbekalkan pengalaman berniaga lebih sedekad, beliau komited mengekalkan kualiti serta keaslian rasa lemang yang dihasilkan, sekali gus memastikan warisan makanan itu terus dinikmati oleh pelbagai generasi dan lapisan masyarakat.- UKAS

Continue Reading

Previous: JCI Damai, JCI Entrepreneur KL agih 500 pek bubur lambuk di Kampung Sebuak Landeh
Next: MPS padam lampu sejam jayakan Earth Hour pada 28 Mac ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.