Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki warga Indonesia ditemui mati dibunuh di Sibu, sepasang suami isteri ditahan
  • JENAYAH

Lelaki warga Indonesia ditemui mati dibunuh di Sibu, sepasang suami isteri ditahan

Utusan Sarawak 16 hours ago
KETUA Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

SIBU: Seorang lelaki warga Indonesia dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di sebuah pondok kebun di Jalan Rantau Panjang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihak polis menerima laporan daripada orang awam pada 5.17 petang berhubung penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia dalam lingkungan 30-an dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan maklumat yang diterima, polis menahan sepasang suami isteri warga Indonesia yang juga tidak memiliki dokumen perjalanan sah, sekitar 9.50 malam tadi di tepi Jalan Teku-Pasai Siong.

Zulkipli berkata, beberapa barangan yang dipercayai berkaitan dengan kejadian turut dirampas.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek telah dibenarkan selama tujuh hari sehingga 1 Julai ini,” katanya.

Tambah beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mingat Bakil di talian 019-8867978 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suspek kes tembakan di Cheras dan Brickfields sedang dikenal pasti
Next: Suspek wanita kes dadah RM8.5 juta dibebaskan dengan jaminan polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.