Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki warga emas maut dalam kemalangan jalan raya di Miri
  • KEMALANGAN

Lelaki warga emas maut dalam kemalangan jalan raya di Miri

Utusan Sarawak 14 hours ago
MAUT…Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas di Jalan Pujut Padang Kerbau berhampiran SKA Miri ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, hari ini. 

MIRI: Seorang lelaki maut dalam perjalanan ke tempat kerja selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di Jalan Pujut Padang Kerbau berhampiran Sekolah Kebangsaan Agama (SKA) Miri, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.00 tengah hari itu, mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah bulatan Saberkas menuju ke tempat kerjanya di Jalan Pujut Padang Kerbau.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada 12.13 tengah hari oleh Pembantu Pegawai Perubatan Unit Kecemasan Hospital Miri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Faizul Ab. Rahim di talian 014-8582582 atau 085-430479 bagi membantu siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua kenderaan remuk dalam nahas di persimpangan lampu isyarat Jalan Stutong Baru
Next: Lelaki maut kereta terbabas dalam parit di simpang lampu isyarat Jalan Hollis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.