Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di kawasan semak Kampung Tanjung Beladin
  • Selatan
  • WILAYAH

Lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di kawasan semak Kampung Tanjung Beladin

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEORANG lelaki warga emas berusia 78 tahun ditemui meninggal dunia di kawasan semak berhampiran Jalan Lingga dekat Kampung Tanjung Beladin, petang tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

LINGGA: Seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun ditemui meninggal dunia di kawasan semak berhampiran Jalan Lingga dekat Kampung Tanjung Beladin, petang tadi.

​Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan media mengesahkan mangsa yang maut dikenali sebagai Jolly Lugun @ Marten Lugun.

​Jurucakap PGO Sarawak memberitahu, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada 6.46 petang.

​”Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan Unit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) yang diketuai Komander Operasi, PBK Edwin Jonani, telah dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 13 kilometer dari balai,” katanya.

​Sebaik tiba di lokasi pada 7.20 malam, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah pun meninggal dunia.

​Pasukan bomba kemudiannya bertindak menjalankan operasi mengeluarkan mayat warga emas berkenaan dari kawasan semak, yang terletak kira-kira 100 meter dari jalan utama.

​Mayat mangsa berjaya dibawa keluar ke tepi jalan sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut dan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

​Operasi menyelamat dikawal pada 7.30 malam dan diisytiharkan tamat sepenuhnya pada 7.45 malam selepas keadaan dipastikan selamat. 

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PKPK RISDA jadi platform bantu pekebun kecil di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.