Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki warga asing ditahan bersama syabu di tepi jalan Maludam
  • JENAYAH

Lelaki warga asing ditahan bersama syabu di tepi jalan Maludam

Utusan Sarawak 4 weeks ago
SEORANG lelaki warga Indonesia ditahan polis bersama dadah disyaki jenis syabu di tepi Jalan Maludam, semalam. Foto: IPD Sri Aman

SIMANGGANG: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia serta merampas dadah disyaki jenis syabu dalam satu operasi yang dijalankan di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam berkata, tangkapan dilakukan sekitar 8.30 pagi di tepi jalan dekat Maludam.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia 26 tahun itu, polis menemui dua plastik kecil lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu serta 13 keratan tiub straw lutsinar pelbagai saiz.

“Anggaran berat keseluruhan dadah yang dirampas adalah sebanyak 5.75 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dennis turut memaklumkan bahawa suspek gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman berat jika sabit kesalahan.

Dennis menegaskan pihak polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang boleh mengancam keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

“Operasi membanteras dadah akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan kegiatan ini dapat dibendung dari semasa ke semasa,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah kepada balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Sri Aman di talian 083-322121.

Menurut beliau, kerjasama masyarakat amat penting dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang boleh membawa kepada kehancuran nilai serta masa depan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan, polis rampas dadah bernilai RM6,380 di Jalan Stutong
Next: Sembilan lelaki tempatan ditahan kes dadah di Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.