Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki warga asing ditahan bersama syabu di Mukah
  • JENAYAH

Lelaki warga asing ditahan bersama syabu di Mukah

Utusan Sarawak 8 hours ago
POLIS berjaya memberkas seorang lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan di pinggir hutan Jalan Anggun di sini, petang semalam. (Kredit foto: PDRM)

MUKAH: Seorang lelaki warga asing ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan di pinggir hutan Jalan Anggun di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berusia 53 tahun itu ditahan sekitar 3.40 petang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah hasil maklumat risikan.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui satu paket plastik lut sinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar 0.68 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

POLIS berjaya memberkas seorang lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan di pinggir hutan Jalan Anggun di sini, petang semalam. (Kredit foto: PDRM)
POLIS berjaya memberkas seorang lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan di pinggir hutan Jalan Anggun di sini, petang semalam. (Kredit foto: PDRM)

Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh ladang sawit itu kemudian dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Selain itu, kertas siasatan turut dibuka di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Suspek direman selama empat hari sehingga 3 April ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Muhamad Rizal berkata, IPD Mukah komited dalam usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak polis.

Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline IPD Mukah di 084-871222 atau dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lima lelaki ditahan dalam Operasi Tapis Khas di Bau
Next: Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas IPD Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.