Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki, wanita disyaki edar dadah di kawasan pesisir ditahan di Sarikei
  • JENAYAH

Lelaki, wanita disyaki edar dadah di kawasan pesisir ditahan di Sarikei

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DITAHAN REMAN…Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari di Balai Polis Sarikei. -Foto IPD Sarikei

SARIKEI: Seorang lelaki dan wanita disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah telah ditahan semasa serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah rumah oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sarikei semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superitendan Aswandy Anis berkata, kedua-dua suspek berada dalam keadaan mencurigakan semasa serbuan dan pemeriksaan pihaknya sekitar 9.30 malam.

DIRAMPAS…Dadah disyaki jenis syabu dirampas oleh BSJND Sarikei semasa serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah rumah. -Foto IPD Sarikei 

“Hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai barang kes disyaki dadah jenis syabu “Methampetamine” dengan berat kasar 82.20 gram, anggaran nilai RM9,042 di atas meja ruang tamu rumah tersebut. 

“Sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux turut disita untuk siasatan lanjut. 

“Kedua-dua suspek dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah jenis syabu sejak awal 2024 di kawasan Sarikei, Meradong, Tanjung Manis dan Belawai secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan media, sebentar tadi. 

Katanya, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari di lokap Balai Polis Sarikei mengikut Seksyen 117 KPJ dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

“Jika sabit kesalahan, kedua-dua suspek boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 kali. 

“Pihak polis mengalu-alukan agar masyarakat awam menyalurkan maklumat sekiranya terdapat sebarang aktiviti menyalahi undang-undang serta penyalahgunaan dadah,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan, dadah bernilai RM120,000 dirampas dalam serbuan serentak di Miri
Next: Bot tunda ditahan gagal kemuka dokumen pertukaran nakhoda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.