Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki tidak sedarkan diri selepas kemalangan kendiri di Bintulu
  • KEMALANGAN

Lelaki tidak sedarkan diri selepas kemalangan kendiri di Bintulu

Utusan Sarawak 1 day ago
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kenderaan. Foto JBPM

BINTULU: Seorang lelaki berusia 52 tahun tidak sedarkan diri selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di Taman Beverly Hill, Jalan Daisy di sini, semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.09 malam.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi sejauh 12 kilometer.

ANGGOTA Bomba berusaha mengeluarkan mangsa.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipercayai terbabas sendiri.

“Terdapat seorang lelaki masih tersepit di dalam kenderaan dan anggota seterusnya bertindak membuka pintu serta mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung,” katanya.

Mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Bintulu menggunakan jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kejadian tanah susur berhampiran rumah panjang di Kampung Stuga
Next: Motorcyclist killed in Mambong-Seratau road crash

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.