
SONG: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri berhampiran lampu isyarat di Jalan Song-Kapit, pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 8.19 pagi.
“Setibanya di lokasi didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta. Seorang lelaki (pemandu) berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian.
“Mangsa dalam keadaam selamat dan tiada operasi penyelamatan dijalankan,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, PKO membantu mangsa mengalihkan kenderaan ke bahu jalan supaya tidak menganggu laluan jalan.
Oleh Akun Giman