Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lelaki terselamat dalam insiden kereta terbakar di Sarikei
  • KEBAKARAN

Lelaki terselamat dalam insiden kereta terbakar di Sarikei

Utusan Sarawak 11 hours ago

KEBAKARAN….Anggota bomba memadam kebakaran kereta berhampiran Jambatan Sungai Nyelong, tengah malam tadi. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Seorang lelaki berumur 33 tahun mengalami detik cemas apabila keretanya terbakar di tepi jalan berhampiran Jambatan Sungai Nyelong, tengah malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.15 tengah malam. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Kilok Lampas bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Proton Saga BLM telah terbakar di bahagian enjin, tempat duduk bahagian depan dan belakang,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, pemandu kereta telah keluar dari kereta dan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Kebakaran dipadamkan menggunakan dua aliran kekili hos dan air dari tangki jentera. 

“Api berjaya dipadamkan dalam tempoh lebih kurang 24 minit. 

“Operasi memadam kebakaran kereta selesai sepenuhnya pada 12.43 tengah malam,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bengkel persendirian di Kampung Hulu Kabong terbakar, 30 peratus musnah
Next: 28 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Kampung Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.