Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki terlibat kes kebakaran motosikal milik keluarga ditahan
  • JENAYAH

Lelaki terlibat kes kebakaran motosikal milik keluarga ditahan

Utusan Sarawak 7 hours ago
DITAHAN POLIS… Lelaki ditahan terlibat dalam kebakaran dua motosikal milik keluarganya, malah turut bertindak memukul ayahnya dalam kejadian di rumah tidak bernombor di Jalan Banting, Lawas, baru-baru ini. Foto IPD Lawas

LAWAS: Seorang lelaki bukan sahaja dipercayai terlibat dalam kebakaran dua motosikal milik keluarganya, malah turut bertindak memukul ayahnya dalam kejadian di rumah tidak bernombor di Jalan Banting, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Lawas, Liong Tindan berkata suspek yang juga penganggur berusia 21 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, yang juga ayah suspek, pada 5.36 petang.

“Mangsa turut mendakwa dipukul oleh suspek ketika cuba menghalang tindakannya. Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan polis telah membuat serbuan di rumah suspek dan berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan polis juga mendapati suspek pernah menerima rawatan di Unit Psikiatri Hospital Miri bagi masalah kesihatan mental.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah terdahulu. Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Kanun Keseksaan,” katanya.

DITAHAN POLIS… Lelaki ditahan didapati positif dadah dalam satu operasi di Jalan Kuala Lawas, baru-baru ini. Foto IPD Lawas

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 19 tahun turut ditahan kerana didapati positif dadah dalam satu operasi di Jalan Kuala Lawas, baru-baru ini.

Semakan rekod lampau mendapati suspek juga tidak mempunyai kesalahan jenayah terdahulu. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan, terlibat judi loteri haram di Saratok
Next: Polis Bau tahan lelaki kes amang seksual kanak kanak, siasat kecurian kamera CCTV di pejabat pos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.