Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan suspek penyalahgunaan dadah di Mukah
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan suspek penyalahgunaan dadah di Mukah

Utusan Sarawak 8 hours ago

SEORANG lelaki ditahan polis di Mukah kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Foto IPD

MUKAH: Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah hasil satu operasi di Kampung Penipah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah sekitar 11.50 pagi ketika baharu pulang ke rumah dengan menunggang motosikal.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menemui satu keratan tiub straw lutsinar yang mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine (syabu) seberat 0.39 gram yang disimpan dalam poket seluar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian urin terhadap suspek turut mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, selain mengaku mengambil bahan terlarang berkenaan sejak 2023.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh kini ditahan di lokap Balai Polis Mukah, dan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dibuat di Mahkamah Majistret Mukah hari ini,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Muhamad Rizal menegaskan IPD Mukah akan terus komited dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan itu.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah supaya menghubungi talian hotline IPD Mukah di 084-871222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suspek ditahan serang anggota polis semasa rondaan Regata Sarawak 2025
Next: Lelaki ditahan, kes curi motosikal selesai kurang 12 jam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.