
LAWAS: Polis Daerah Lawas telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun kerja buruh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan memberitahu tangkapan dilakukan pada pagi semalam sekitar 11.30 pagi bertempat di Simpang Jalan Lawas Damit, di sini.
Hasil pemeriksaan badan tidak menjumpai apa-apa dadah atau barang salah.
Walau bagaimanapun, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai satu kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Oleh Adeng Edrus