Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan polis dalam satu operasi khas di kawasan Roban, tengah hari semalam. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di kawasan Roban, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi tersebut dilaksanakan sekitar 11.40 pagi hasil maklumat awam berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, operasi berkenaan diketuai oleh Inspektor Henry bersama sepasukan anggota Tindakan Khas yang segera bertindak ke lokasi sasaran.

“Hasil pemeriksaan, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Saratok bagi menjalani siasatan lanjut serta proses dokumentasi mengikut prosedur ditetapkan.

Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, polis menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah serta penyalahgunaan dadah bagi memastikan kawasan Roban kekal aman dan selamat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lelaki warga asing ditahan cuba larikan diri dari sekatan jalan raya di Engkilili 
Next: Operasi samseng jalanan: Seorang lelaki ditahan, 70 saman dikeluarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.