Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan miliki syabu di rumah panjang Engkilili
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan miliki syabu di rumah panjang Engkilili

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG lelaki tempatan berusia awal 40-an ditahan polis selepas dipercayai memiliki dadah dalam satu operasi di sebuah rumah panjang di Engkilili, awal pagi semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki tempatan berusia awal 40-an ditahan polis selepas dipercayai memiliki dadah dalam satu operasi di sebuah rumah panjang di Engkilili, awal pagi semalam.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, suspek ditangkap oleh sepasukan anggota dari Pasukan Petugas IPD Lubok Antu hasil operasi yang dijalankan di kawasan berkenaan.

Pemeriksaan yang dilakukan ke atas suspek menemukan enam paket plastik lutsinar yang dipercayai mengandungi dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar kira-kira 2.0 gram.

Susulan penemuan tersebut, suspek terus ditahan bagi membantu siasatan lanjut oleh pihak polis.

Hasil semakan juga mendapati lelaki berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

Selain itu, ujian awal saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana memiliki dan mengambil dadah.

IPD Lubok Antu menegaskan akan terus komited melaksanakan operasi membanteras kegiatan dadah secara berterusan serta menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah kepada Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin menerusi talian 019-8897640.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat lelaki, seorang wanita dipenjara langgar syarat pengawasan AADK
Next: Dua wanita ditahan suspek terlibat judi dalam talian dan loteri haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.