Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan miliki senapang bakakuk, komponen senapang patah dan peluru tanpa permit
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan miliki senapang bakakuk, komponen senapang patah dan peluru tanpa permit

Utusan Sarawak 3 hours ago
DITAHAN… Suspek ditahan kerana disyaki memiliki dua laras senapang patah buatan sendiri (Bakakuk), komponen senapang patah dan enam butir peluru 12 bore tanpa permit yang sah di Kampung Sedi, Daro.

DARO: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu Daro berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki memiliki dua laras senapang patah buatan sendiri (bakakuk), komponen senapang patah serta enam butir peluru 12 bore tanpa permit yang sah dalam satu serbuan di Kampung Sedi, di sini.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos berkata, tangkapan tersebut dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Matu Daro dan kes disiasat dibawah Sek 8 (a) Akta Senjata 1960. 

“Hasil ujian saringan awal air kencing tangkapan juga dapati positif dadah jenis Amphetamine/ Methamphetamine,” jelasnya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

RAMPASAN…Dua laras senapang patah buatan sendiri (bakakuk), komponen senapang patah dan enam butir peluru 12 bore tanpa permit yang sah dirampas.

Beliau berkata, penahanan reman ke atas suspek berusia 35 tahun itu telah dibenarkan selama tempoh empat hari dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. 

“Hari ini suspek telah dituduh dibawah seksyen Sek 8 (a) Akta Senjata 1960 di Mahkamah Sarikei.

“Tiada pengakuan direkodkan dan tiada jamin ditawarkan terhadap tertuduh. Kes ditetapkan untuk sebutan lanjut pada 12 Februari 2026. Sementara menunggu tarikh tersebut, tertuduh menjalani tahanan reman di penjara Sibu,” ujarnya.

Tegasnya, IPD Matu Daro menegaskan bahawa memiliki senjata dan peluru tanpa permit yang sah boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun, atau dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 81 ditahan dalam operasi khas antinarkotik tujuh hari di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.