Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan, lima motosikal disita dalam Op Bersepadu IPD Saratok di Kabong
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan, lima motosikal disita dalam Op Bersepadu IPD Saratok di Kabong

Utusan Sarawak 10 hours ago
OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan oleh IPD Saratok di sekitar kawasan pasar, kampung dan taman di Kabong, semalam. Foto IPD Saratok

KABONG: Lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di sekitar kawasan pasar, kampung dan taman di Kabong, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, lelaki berkenaan ditahan selepas didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Menurut beliau, suspek yang bekerja sendiri itu ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 hasil pemeriksaan yang dijalankan sepanjang operasi tersebut.

“Operasi ini bertujuan menurunkan kes jenayah indeks khususnya di kawasan titik panas di bawah pentadbiran IPD Saratok menerusi pendekatan operasi bersepadu bersasar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan oleh IPD Saratok di sekitar kawasan pasar, kampung dan taman di Kabong, semalam. Foto IPD Saratok

Tambah DSP Mathew, operasi turut memberi fokus kepada peningkatan kehadiran polis (omnipresence) bagi mencegah jenayah seperti kecurian motosikal, kereta dan lain-lain kes curi.

Selain itu, pihak polis juga menjalankan pemeriksaan terhadap individu serta kenderaan mencurigakan melalui sekatan jalan raya (SJR) dan pemeriksaan mengejut.

Dalam operasi tersebut, seramai 85 individu telah diperiksa melibatkan 50 lelaki dan 35 perempuan, manakala sebanyak 70 kenderaan turut diperiksa.

Kenderaan yang diperiksa merangkumi 35 motosikal, 20 kereta, lima kenderaan pacuan empat roda (4WD), lima lori atau bas serta lima van.

Dalam masa sama, sebanyak 29 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, khususnya melibatkan penunggang motosikal di kawasan operasi.

Turut dilaksanakan dalam operasi berkenaan ialah sitaan lima buah motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mengulas lanjut, DSP Mathew berkata operasi yang melibatkan kekuatan seramai 14 pegawai dan anggota daripada pelbagai unit itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini, dengan keadaan cuaca yang baik sepanjang pelaksanaannya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PDRM Sibu perhebat Ops Cegah Jenayah, fokus lumba haram dan samseng jalanan
Next: Tindakan tegas terhadap pengambilan sampel flora dan fauna tanpa izin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.