Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan jalankan perniagaan barang terpakai tanpa lesen
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan jalankan perniagaan barang terpakai tanpa lesen

Utusan Sarawak 9 hours ago
POLIS ambil tindakan tegas terhadap perniagaan barang terpakai haram.

BAU: Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki menjalankan perniagaan barang terpakai tanpa lesen sah dalam satu operasi di sebuah premis di Jalan Taiton di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman, berkata lelaki berusia 48 tahun itu, yang merupakan penjaga premis, ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Peniaga Barang-Barang Terpakai 1946, yang memperuntukkan tindakan terhadap individu yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.

“Polis telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk merakam percakapan saksi dan suspek serta menjalankan dokumentasi lengkap di tempat kejadian,” kata Supt Mohd Haide.

Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang dan memastikan setiap aktiviti perniagaan dijalankan dengan lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang dan akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras kegiatan sedemikian,” tambahnya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Op Tapis Khas: 15 lelaki tempatan ditahan terlibat aktiviti dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.