Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat kes penipuan pinjaman tidak berlesen di Kabong
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat kes penipuan pinjaman tidak berlesen di Kabong

Utusan Sarawak 5 hours ago
TANGKAPAN tersebut dibuat oleh pegawai penyiasat, Inspektor Sofian Zainuddin selepas pihak polis menerima laporan berkaitan kes penipuan yang dilaporkan di Kabong. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan melibatkan pinjaman tidak berlesen yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM7,900.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada semalam sekitar 2.22 petang.

Menurut beliau, tangkapan tersebut dibuat oleh pegawai penyiasat, Inspektor Sofian Zainuddin selepas pihak polis menerima laporan berkaitan kes penipuan yang dilaporkan di Kabong.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai berperanan sebagai akaun keldai dalam kegiatan penipuan melibatkan transaksi wang berjumlah RM7,900 yang dimasukkan ke dalam akaun bank atas namanya.

Bagaimanapun, hasil soal siasat mendapati suspek tidak mengaku sebagai pemilik sebenar akaun Bank Islam yang digunakan dalam kes tersebut.

Suspek memaklumkan bahawa dia pernah menyerahkan kad pengenalannya kepada seorang lelaki berbangsa Cina untuk tujuan imbasan bagi membantu membuka akaun bank menggunakan telefon bimbit.

Namun demikian, suspek mendakwa tidak pernah menerima kad ATM bagi akaun Bank Islam berkenaan serta tidak mengetahui mengenai kemasukan wang RM7,900 ke dalam akaun yang didaftarkan atas namanya.

Selepas rakaman percakapan dan cap jari diambil, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan lanjut dijalankan.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tujuh motosikal diubah suai disita dalam Op Pematuhan Lalu Lintas di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.