Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat dadah
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat dadah

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUSPEK DITAHAN… Polis menahan lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, semalam. Foto IPD Mukah

MUKAH: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan di hadapan sebuah rumah pekerja syarikat pengangkutan di Jalan Jebungan, kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berumur 36 tahun ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah sekitar 11.00 pagi.

“Pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu dalam simpanan suspek dengan anggaran berat dadah yang dijumpai adalah 0.47 gram dan anggaran nilai RM110.

“Suspek dan barang kes dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut. Ujian urin mendapati suspek negatif dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek yang bekerja sebagai buruh direman selama dua hari sehingga 19 Disember ini bagi melengkapkan siasatan,” jelasnya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, IPD Mukah komited dalam usaha untuk membanteras segala aktiviti penyalahgunaan dadah. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah boleh menghubungi talian hotline IPD Mukah 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki tempatan ditahan miliki syabu di tiga lokasi berbeza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.