Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di Jalan Banting, Lawas
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di Jalan Banting, Lawas

Utusan Sarawak 15 hours ago
DADAH SYABU…Suspek yang memiliki 8 rekod jenayah berkaitan dadah berjaya ditangkap di Jalan Banting, Lawas.

LAWAS: Sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Banting, Lawas, pada 9.50 pagi semalam dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan menerusi satu kenyataan hari ini memberitahu, pemeriksaan terhadap lelaki berkenaan telah menjumpai 7 keratan straw disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 1.40 gram.

Suspek ditahan dan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp & Meth.

Semakan kesalahan lampau terhadap suspek mendapati sispek memiliki lapan kesalahan lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut seksyen 12 ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Idrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Mekanik antara ditahan dalam Ops Tapis di Limbang
Next: Joint operation targets entertainment outlets in Padungan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.