Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan, dadah bernilai RM606 dirampas di Kampung Bintawa
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan, dadah bernilai RM606 dirampas di Kampung Bintawa

Utusan Sarawak 10 hours ago
Polis Kuching rampas dadah daripada suspek.

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun serta merampas dadah bernilai RM606 dalam satu operasi di Kampung Bintawa, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dilakukan pada 15 Disember 2025 sekitar 3.00 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching hasil risikan dan pemantauan berterusan.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui 11 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki methamphetamine dengan berat keseluruhan 5.51 gram dan nilai pasaran dianggarkan RM606,” katanya dalam kenyataan.

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Semakan rekod jenayah lampau menunjukkan suspek mempunyai satu rekod di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta dua rekod di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta sebatan antara tiga hingga sembilan kali jika sabit kesalahan. Suspek direman selama empat hari bermula esok hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

Alexson menegaskan kejayaan ini adalah hasil risikan berterusan dan kerjasama orang awam.

“Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Dadah adalah musuh nombor satu negara,” katanya.

Beliau turut menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui talian hotline JSJN di 012-208 7222 atau hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Tapis Khas Narkotik: 59 ditahan, dadah bernilai RM2,682 dirampas di Kuching
Next: Polis Padawan tahan dua suspek, rampas dadah bernilai RM13,789

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.