Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan dengan sembilan rekod lampau ditahan positif dadah di Kabong
  • JENAYAH

Lelaki tempatan dengan sembilan rekod lampau ditahan positif dadah di Kabong

Utusan Sarawak 15 hours ago
LELAKI tempatan yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau ditahan polis selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah dalam satu serbuan di Kabong, petang tadi. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Seorang lelaki tempatan yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau ditahan polis selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah dalam satu serbuan di Kabong, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, mengesahkan tangkapan itu dilakukan melalui operasi bersepadu melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Saratok.

Menurut DSP Mathew, operasi bermula sekitar 2.00 petang hasil maklumat awam dan risikan polis.

Pasukan diketuai Inspektor Asraf melakukan pemeriksaan ke atas seorang lelaki berusia 27 tahun yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ujian air kencing awal menunjukkan suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

DSP Mathew menjelaskan bahawa suspek merupakan ‘muka lama’ dengan sembilan rekod jenayah lampau berkaitan pelbagai kesalahan.

Suspek kini dibawa ke Balai Polis Saratok untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu berdepan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Jenayah indeks di Sibu turun 36.44 peratus sepanjang 2025
Next: Dua lelaki positif dadah ditahan di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.