Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki rugi RM238,000 ditipu pelaburan saham China tidak wujud
  • JENAYAH

Lelaki rugi RM238,000 ditipu pelaburan saham China tidak wujud

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

MIRI: Seorang lelaki tempatan mengalami kerugian sebanyak RM238,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, mengesahkan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Miri telah menerima satu laporan polis berhubung kes berkenaan semalam.

Menurut beliau, mangsa berusia 40 tahun  yang merupakan seorang kakitangan swasta telah terpedaya dengan tawaran pelaburan saham negara China yang sebenarnya tidak wujud.

“Modus operandi sindiket adalah dengan memperdaya mangsa melalui platform dalam talian serta memberikan keuntungan awal sebagai taktik untuk menarik mangsa melabur lebih banyak modal,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Farhan berkata, mangsa dipercayai telah membuat 10 transaksi pindahan wang ke dua akaun bank pihak ketiga yang diberikan oleh suspek, melibatkan jumlah keseluruhan RM238,000.

“Bagaimanapun, mangsa mula menyedari dirinya telah ditipu apabila gagal mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan daripada pelaburan tersebut,” ujarnya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.