Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki rugi RM230 akibat ugutan sebar gambar peribadi
  • JENAYAH

Lelaki rugi RM230 akibat ugutan sebar gambar peribadi

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

BAU: Seorang lelaki tempatan kerugian RM230 selepas menjadi mangsa pemerasan oleh individu tidak dikenali yang mengugut untuk menyebarkan gambar peribadinya melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 31 Mei lalu kira-kira jam 11.30 malam di Kampung Sibulung.

Menurutnya, mangsa berusia 42 tahun telah dihubungi oleh suspek menggunakan nombor telefon yang tidak dikenali sebelum menghantar beberapa keping gambar peribadi yang dipercayai diperoleh daripada media sosial.

“Antara gambar yang dihantar termasuk imej yang melibatkan bahagian sensitif mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata, suspek kemudian mengugut untuk menyebarkan gambar berkenaan di media sosial sekiranya mangsa gagal membuat bayaran seperti yang diminta

Disebabkan bimbang gambar tersebut disebarkan, mangsa telah membuat dua transaksi pembayaran berjumlah RM230 ke akaun e-dompet atas nama individu yang tidak dikenali.

Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Sehubungan itu, Mohd Haide menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap mesej atau panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, terutama yang melibatkan ugutan atau permintaan wang.

Beliau turut mengingatkan pengguna media sosial agar tidak mudah berkongsi atau menyimpan bahan peribadi di platform dalam talian yang boleh disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Sekiranya menerima ugutan sedemikian, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang pembayaran, sebaliknya menyimpan bukti perbualan dan segera membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dakwaan sindiket penipuan antarabangsa pindah operasi ke Malaysia belum disahkan – Polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.