Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki rugi RM139,000 terperdaya tawaran kerja sampingan dalam talian
  • JENAYAH

Lelaki rugi RM139,000 terperdaya tawaran kerja sampingan dalam talian

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan.

MIRI: Seorang pengurus syarikat swasta di sini kerugian sebanyak RM139,427 selepas terperdaya dengan tawaran kerja sambilan palsu yang diiklankan melalui aplikasi TikTok baru-baru ini

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata mangsa berusia 46 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita melalui aplikasi berkenaan sebelum ditawarkan peluang kerja sambilan dalam talian di platform ‘Quantcastshop’.

“Mangsa telah membuka kedai dalam talian di platform tersebut dan menjalankan jualan produk seperti diarahkan.

“Namun, suspek kemudian memaklumkan bahawa mangsa perlu membuat bayaran yuran pengesahan dan cukai jualan bagi meneruskan urus niaga serta mendapatkan keuntungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa kemudian melakukan lima kali transaksi ke dua akaun bank berbeza berjumlah keseluruhan RM139,427 seperti diarahkan suspek.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas gagal mengeluarkan hasil keuntungan yang dijanjikan,” jelasnya.

Mohd Farhan berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang boleh membawa hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Penyamun bersenjata pecah masuk rumah, larikan barangan bernilai lebih RM10,000
Next: Seorang lagi keldai akaun ditangkap polis di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.