Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki rogol remaja dipenjara 10 tahun, empat sebatan
  • JENAYAH

Lelaki rogol remaja dipenjara 10 tahun, empat sebatan

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENJARA… Tertuduh dibawa anggota polis untuk menjalani hukuman penjara bersama sebatan rotan.  

LIMBANG: Mahkamah Majistret Limbang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta empat sebatan terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah merogol seorang remaja perempuan dalam kejadian pada Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot, dalam satu kenyataan hari ini berkata Mahkamah Majistret Limbang turut memerintahkan supaya tempoh penjara berkuat kuasa bermula dari tarikh tertuduh ditangkap, iaitu pada 11 Disember tahun lalu.

Menjelas lanjut Parum memberitahu pertuduhan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman selama lima tahun penjara dari tarikh tangkapan dan dua kali sebatan.

“Tertuduh turut menerima sesi kaunseling dibawah Seksyen 26(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTKK 2017) dan  dua tahun pengawasan polis dibawah Seksyen 27(1) AKSTKK 2017 pada tuduhan pertama.

“Tertuduh juga dijatuhkan hukuman lima tahun penjara dan dua sebatan pada tuduhan kedua. Hukuman dijalankan secara berasingan,” katanya.

Beliau berkata satu laporan polis diterima pihaknya pada 10 Disember lepas berkenaan kes seorang  kanak-kanak perempuan yang berumur di bawah 18 tahun telah di dapati mengandung.

Jelasnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang telah membuka satu kertas siasatan dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Penyelewengan pelaburan: Bekas menteri, KSU antara 12 individu sudah beri keterangan
Next: Lelaki didakwa bunuh warga emas di Entabai, Julau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.